Di manakah ‘kan kucari
Segala kedamaian hati ini?
Ke manakah kususuri
Semua jalan kehidupan ini?

Lama kucari
Lama sudah kunanti
Namun sampai hari ini ku tak tahu
Mengapa semua tiada kutemui?

Mungkinkah kugapai lagi
Segala hasrat yang ada di hati?
Mungkinkah kudapat lagi
Cinta seperti yang pertama kali?

Oh, mungkinkah itu
Semua terjadi?
Betapa bahagia di hatiku ini
Bila hasrat cintaku datang kembali

Lama sudah ku mencari
Lama ku menanti, tiada kutemui
Mungkin dia di sana atau dia di sini
Aku tak mengerti

Wahai engkau angin senja
Bawalah cintaku kepada dirinya
Nyanyikan lagu ini untuk dirinya
Sampaikan salamku ini pada dia
Katakan, aku masih sayang padanya, oh

Lama sudah ku mencari
Lama ku menanti, tiada kutemui
Mungkin dia di sana atau dia di sini
Aku tak mengerti

Wahai engkau angin senja
Bawalah cintaku kepada dirinya
Nyanyikan lagu ini untuk dirinya
Sampaikan salamku ini pada dia
Katakan, aku masih sayang padanya

Wahai engkau angin senja
Bawalah cintaku kepada dirinya
Nyanyikan lagu ini untuk dirinya
Sampaikan salamku ini pada dia
Katakan, aku masih sayang padanya